hello sunshine!

eyes starts to droll down d bits & pieces of my life...

inilah cinta abadi

Wednesday, August 4, 2010

isnin yang lalu lepas makan2 di office saye bekejar pulang untuk ambil mak sebab dari weekend hari tu dah niat nak melawat tok alang yang terlantar di hospital selayang.
Luckily perjalanan amat lancar biarpun waktu tu waktu puncak(org balik kerja). kemudian singgah umah opah, amik pak chu n wanchu.
sampai di hospital, kami terus menuju ke wad 9A-Mohd Tarmizi. Melihat terus kepada tok alang, saling xtumpah mcm arwah tok suatu tika dulu.kurus,cengkung dan kulit senipis bawang. tiba2 hati terasa sayu n sebak mengenangkan keadaan tok alang n juga teringatkan arwah tok. huhuuu...tangan ini xlepas2 dari mengusap kulit tok yang amat nipis tu.Ya Allah.
Opah alang setia duduk di tepi katil sambil beberapa kali mengeluh. opah alang risaukan tok xbangun2.cube dikerah untuk bangun tapi mata tok alang terkatup rapat. Opah juge beberape kali menangis sedih. paling sayu, bila mak long bagitau mase opah datang, opah marahkan tok sebab tok xpandang opah pun n xbukak mata bile opah datang. haihh...opah seakan2 tidak dapat menerima keadaan tok yang asyik tidur. terkadang, tok batuk2 dan meracau2 kate "nak balik dah..." n "moh ler kite balik" dalam nada yang jelas. apakah ini?
tok alang berumur 87 tahun tika itu dan opah alang dalam 60 tahun dan mereka masih bersama,setia bersama dan tua bersama. dapat dirasakan kasih sayang opah amat menebal walaupun opah banyak kali mengulangi persoalan n kata2 yang same kerana opah seakan2 menghidap Alzheimer. apa yang pasti jalinan kasih mereka jalinan ke akhir hayat. semua fasa kehidupan telah dilalui dan mereka masih bersama. kagum dengan org dulu2 yang mana jodoh mereka kebanyakannya hingga ke akhir nafas mereka.
inilah kehidupan. inilah cinta abadi. inilah yang saya inginkan bila hampir di hujung penghidupan. ingin bersama dengan orang yang menyayangi saya hingga ke akhirnya...





psst : adakah kamu? Hanya Tuhan yang tahu.

1 justaword:

fadlyismail said...

i can make a thusands of promises if i want to...but i will not..i'll prove it 2 u...just wait n see dear... :)